Monday, October 27, 2014

Sunday, October 26, 2014

Wordless Entry



via IFTTTBaring atas perut mama. Pastu said sayang bibi. Hatap2 sayang sungguh2 la sampai bibi kuaq ye nak! #qaiser #qaisertalk #qaiserbigbrother

Saturday, October 25, 2014

Wordless Entry



via IFTTT#qaiserouting #qaiser #qaiserclever #qaisergoodboy #babyponey #qaiserduckface

Wordless Entry



via IFTTTShowing his teeth. *sebenaqnya nak tunjuk dimple. Haha #qaiser #qaiserlearn

Monday, October 20, 2014

26weeks Pregnancy

Assalamualaikum & Haiiiii

Pregnancy kali ni betul2 mencabaq mental dan fizikal..time peknen FQ dulu tak la mencabaq camni sangat walaupun 1st baby..kali ni punya sakit pinggang tu start bila dah masuk 20w..dah mula sakit pinggang sakit belakang..tatao la ni kesan daripada epidural ka apa sebab bila gugel2 balik ada yang kata memang sakit ada yang kata tak sakit..hurm -_-

cerita semalam. G wedding adik classmate. Dimanakah baby bump? heeee

dua cinta hati saya :)

tengah menaip ni pon sakit pinggang..kena pulak pagi tadi bz ya amat kalut p sana p sini..harap2 kali ni beranak senang la tak yah induce cam beranak FQ dulu..eh! beranak tahun depan bukan bulan depan..fuh!!

C u next entry!

Love,
Sha

Sunday, October 19, 2014

Friday, October 17, 2014

Gombak Medical Centre

Assalamualaikum & Haiiii

Haritu I is ada habaq pasai GMC ni kan..so, semalam I is p dah la try check up kat situ..I is dapat Dr. Zana..sumpah best baq hang!! Dia cakap utara I is suka la sebab senang nak sembang..mula2 dua2 kaver cakap keyel la konon last2 dia terkeluaq teruih I is pon sembang rancak laaaaa


murah kan??? so, fasiliti nampak cam lama sikit kalau nak banding dengan PMC..kena pulak semalam I is p sorang2 ja sebab Mr Rafael sibuk so, I is sendiri2 la fefeeling syok2 nak beranak situ..alang2 dah check up kat situ semalam terus la buat 3d scan tengok muka FQ Jr tu..memang sebijik sebijik la muka FQ..hidung tak dapat dinafikan lagi anak sapa lah kan, tu kalau apa tak yah buat DNA dah konpom anak Mr. Rafael..hahaha

dipendekkan cerita, konpom la kot beranak situ..senang, dekat n murah!

*kalau Mr Rafael baca ni dia mesti akan kata "papa meluat la baca perkataan I is" hahaha

C u next entry!

Love,
Sha

Wednesday, October 15, 2014

Wordless Entry



via IFTTTMenonton Frozen untuk kesepuluh juta kalinya ditemani Mr Truck disebelah #qaiser

Tuesday, October 14, 2014

Wordless Entry



via IFTTTStart your day with big smile 😊😊😃😃

Sunday, October 12, 2014

Saturday, October 11, 2014

Thursday, October 9, 2014

Wordless Entry



via IFTTTSpend time dengan FQ The Boss tengok Nat Geo Wild instead of Disney Junior setiap hari. Mama geram sangat dengan kaki dia tu! #qaiserlearn #qaiser

Tak cukup 24jam

Assalamualaikum & Haiiiiii

Sekarang dah start sem baru..Alhamdulillah dapat sampai ke sem 5 bermakna ada lagi setahun ja nak grad *tolong doakan*  Bila nama start sem baru bermakna start jugak lah perpisahan tragis dengan FQ..dulu balik jugak lunch sebab menyusu dia sekarang nak putuskan susu, lunch memang tak balik langsung..lepaih tu, petang pulak tak p pon jenguk dia kat umah atok sebab dia dah besaq satg dia reyau nak ikut lagi la sedih sayu hati..Mr Rafael tak suka bawak FQ p main kat PKP tu sebab kadang2 kelaih habih lambat..kena lect rajen sembang rajen nak ngajaq memang pacak2 pukoi 10malam la baru dia nak kata ok kelas *time dia kata ok kelas tu beg I is dah siap tinggai nak angkat galaih balik ja..haha*

Bila pukoi 10 baru habis kelaih dalam 10.30 baru sampai rumah..tu pon kalau Jalan Tun Razak tak jem..kadang2 pukoi 10malam pon jem lagi tatao apadia..sampai koi 10.30malam amek FQ kat umah atok bawak p makan dulu pastu balik umah tohtehtohteh pukoi 11.30pm dah nak tidoq..pastu masuk tidoq..bangkit esok pagi nak p keja siap2 apa suma hantaq dia p umah atok I is p keja..nampak tak? berapa jam ja spend time dengan FQ sebab tu kadang2 sedih bila teringat dia..kalau dia ikut p kelas at least pukoi 5pm tu dah amek dia lepak2 dulu sampai lepas maghrib baru masuk kelas sempat la nak maen2 dengan dia sikit2..kesian anak mama :(

Mama is sedih tau nak! Tambah2 mama dengan FQ Jr lagi ni lagi la mama tak larat nak..sikit je lagi..next year ada FQ Jr boleh la FQ main dengan adik ye nak :)

C u next entry!

Love,
Sha

Wednesday, October 8, 2014

Gombak Medical Centre vs Putra Medical Centre

Assalamualaikum & Haiiii

Semalam kes survey taska untuk FQ harini kes survey pusat bersalin pulak..sebab dah 24w ni aku tak dak prepare apa2 pon lagi melainkan booked date untuk Maternity Photoshoot + Family Photoshoot bulan 11 nanti..bab ni aku suka!! haha

Time bersalin FQ dulu dekat Putra Medical Centre dengan Dr. Wan Ratna, actually, sekarang pon aku check up dengan dia jugak sebab haritu dah decide nak beranak dengan dia jugak yang no 2 ni..last time beranak FQ total cost I is kena dalam 3k..induce + epidural + vacum + single room

Tadi kawan check in bersalin dengan Gombak Medical Centre, terus zasssss gugel pasai GMC ni..memang rata2 review yang I is baca semua berpuas hati cuma satu ja komplen sebab tak dak lif nak naek atas..for me it doesn't matter sangat kot *kes beranak FQ dulu tak sakit pon sebab overdue elok ja jalan kaki lepak2 suma dulu kat sepital* dan harga GMC ni sangat murah..sekali lagi ulang sangat murah..pakej bersalin start from RM1299 gila murah kan! 

If compare daripada segi harga, memang murah lagi GMC berbanding PMC, PMC starting price RM2100 *time beranak FQ dulu starting RM1600* tapi kalau kita dah selesa dan suka tempat tu berapa pon should be okay kan..so, sekarang ni I is still buat perbincangan dengan Mr. Rafael pasai GMC vs PMC..Mr Rafael ni jenis kalau dah situ, situ ja dia tak nak tukar2 dah..cam I is proposed aritu untuk tukar pergi Damansara Damai Medical Centre, mula2 dia tak nak tapi last2 pujuk2 dia bawak jugak g checkup sekali kat situ..then, I is sendiri tak nak beranak situ..heeee..tapi DDMC cantik lah!!

Maybe I is pergi check up dulu kat GMC ni tengok camna kekdahnya then baru boleh buat keputusan kan? nanti revealed kat sini camna pengalaman check up GMC..check up kat PMC as usual la sebab dah dikenali ramai, so jadi lambat dan lama sama cam kita p Klinik Kesihatan tapi I is tabah ja sebab I is suka Dr. Ratna tu..penerangan dia memang tiptop mantop..I is suka sangat!!

C u next entry!

Love,
Sha

Tuesday, October 7, 2014

The Best Playschool??

Assalamualaikum & Haiiiii

Harini dah start keja..almaklumlah cuti raya dah habis..lenguh2 sakit pinggang dok sangkut dalam jem pon tak habis lagi dah kena keja *alasan nak cuti..nampak dak?*

Sekarang dah bulan 10 tak lama lagi ja dah nak masuk tahun 2015 di mana tahun FQ dah 3tahun n nak masuk playschool..actually, kat sini ada 4 pilihan untuk FQ..ada Brainybunch, Genius Aulad, Letzhop dan Little Caliph..semua ni sederet dan memang dekat sangat la dengan kami..

Haritu FQ dah p trial class dekat Letzhop..Letzhop ada kelas on Saturday ja untuk 3years..tahun ni FQ 2years so p kelas trial dulu tengok dia nak dak belajaq..so far so good walaupon minit pertama dia berdrama jugak la sebab dia ni kan tak penah dok dengan orang..yang jaga dia pon maktok dia so dia perak n jakun la sikit bila dengan orang luaq ni..tapi alhamdulillah 2 jam dia ok ja kat situ..yang aku dengaq teacher dok tanya dia what is your name dia dok buat tatao langut ke learning tv tu ja sebab kartun elmo..balik rumah I is tanya plak what is your name baru gigih nak jawab Cer *dia sebut nama dia Cer sebab Qaiser*

Satu lagi, sebelum ni kalau sebut sent you to school automatik dia jawab no no..sekarang kalau tanya mama sent you to school ok..dia ok senyap buat tak dak apa2 berlaku macam I is cakap dengan dinding..tu trademark dia..buat muka tak bersalah bila kita cakap dengan dia..

Now, still lagi tunggu quotation fees daripada Genius Aulad sebab I is jatuh cinta dengan GA ni. Banyak review I is baca pasai GA ni..Brainybunch 1st payment is around 2k..I is pengsan!! Little Caliphs I is tak p tanya lagi..nanti p tanya..

ni yang sempat Mr Rafael snap time FQ 1st time g school..teacher dia tengah bersusah payah memujuk rakan sekelas dia tu..dia rilex ja tengok tv ada elmo..balik tu Mr Rafael baru naik tangga dengaq dah dia reyau sebab dia keluaq kelas kami tak dak..lewat 3saat ja pon..drama king!!

C u next entry!

Love,
Sha

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha


Assalamualaikum & Haiiii

Gigih sangatkan malam2 buta camni nak hapdet belog cam esok tak dak masa dah nak hapdet. Heeee. Who knows esok tak diberi peluang lagi hidup kannnnnn

Aidiladha kali ni sambut di Kampung sebelah Mr Rafael. Di Kuantan. Ni 1st time sepanjang 4tahun kami kawen kami balik beraya sini. Selalunya kalau turn Mr Rafael kami raya kl ja sebab parents in law memang kat kl tapi this year in law ajak balik sini. Tak kisah mana2 yang penting ada ketupat palaih. Ingat lagi 1st raya turn Mr Rafael tak dak ketupat palaih. Ada nasi impit ja. I is tak makan nasi impit so I is kelaparan la makan rendang ja. Kesian kan? Then next year turn Mr Rafael in law dah order ketupat palaih. I is happy! Heeeee

Those picture tu dengan cousin2 Mr Rafael. Semua lebih kurang sebaya ja and otak pon sama lebih kurang gila2 so tak dak masalah sangat la nak 'in' dengan depa kan? Antara suma yang mula2 kawen kami la *can u imagine how gedix we're kawen awal* :p tapi at the same year jugak ada one of cousin Mr Rafael kawen. Next tu 2 orang kawen sekali. Anak2 kami semua sebaya. Yang 1st tu Chenta Rifqa. The only cucu girls dalam gambaq tu. Then FQ then Nik Amsyar Thaqif and last Raeid Danish. Bila boys talking ni paham2 ja la budak2 ni. Semua tak makan saman. Letih mak2 ni.

Petang p melawat cousin Mr Rafael dalam pantang. FQ 3saat sekali kiss baby. P pusing patah balik kiss lagi baby siap nak soh letak baby tu atas riba dia. Bajet cam dia dah besaq plak FQ ni. Bila baby tu buka mata dia sibuk2 suruh angkat dia nak kiss. Yang bestnua bila baby baring atas tilam dia tak nak plak kiss nak suruh ribakan dulu baru dia kiss. Pandai anak mama!

Ok nak sleep ready back to kl esok!

C u next entry!

Love,
Sha

Friday, October 3, 2014

Thursday, October 2, 2014

Chocodate

Assalamualaikum & Haiiiii

Harini nak cerita pasai makan pulak..cam besa la I is suka makan-makan..
kesahnya aritu dok sembang-sembang dekat Group Whatsapp PPN SMTBw 2003/2004 tu ada la ibu mengandung sorang tu habaq dia makan kurma badam coklat ni beli kat Giant..lepaih dia habaq tu ajak la Mr. Rafael p cari..mula2 p cari kat Mydin tapi tak dak..balik dengan perasaan kecewa

Hari Isnin lepaih, kebetulan p pos barang dekat Batu Caves ajak la Mr. Rafael singgah Giant tu sebab kawan tu kata beli tang tu..singgah pusing-pusing kat tempat cekelat jenguk satu-satu rak tu baq ang punya tak mau bagi terlepaih kot-kot terselit ka apa kan..dan kemudian tadaaaaaaa Mr. Rafael jumpa..teruih beli sekotak..rezeki katakan, memang tinggai sekotak pun kat situ..rega dalam RM21 ada sen-sen tapi tak ingat..

Balik umah try la makan sebijik..masalah I is tak suka manis..bila makan ni I is rasa manis sangat pulak..so I is makan sebijik ja malam tu..kes manis ni aritu I is suspected kencing manis baq ang!! scary weh!! tapi la ni bila makan hari-hari tiap-tiap pagi makan 3 bijik sambil bawak keta nak p keja tu dah rasa tak manis sangat..tapi still jugak tak boleh makan sekaligus 3 bijik tu kena makan satu rilex-rilex buang setengah jam makan lagi satu pulak dan seterusnya..

For those ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan boleh la try beli ni sebab bagus untuk ibu mengandung dan badam n kurma tu boleh jadi milkbooster untuk ibu menyusu :)


C u next entry!

Love, 
Sha